Hari ini saya ingin berkongsi tips Ciri Ciri Pelajar Cemerlang...
Semoga pembaca sekalian tidak bosan dengan tips saya ini..Terima Kasih!
![]() |
| Jangan macam ini semasa anda membaca tips berikut... :) |
Baiklah..bagi tidak membuang masa..saya memulakan tips saya ini..
Bismillahirahmanirahim.
Berikut adalah ciri-ciri pelajar cemerlang:
- OPTIMISTIK --------> Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin kepada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pendidikan.Katakan 'AKU BOLEH!
- JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK --------> Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula perlawanan. Belum cuba belum tahu!
- KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB --------> Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,bangsa,negara,keluarga dan masyarakat pada masa akan datang.
- TUMPUAN SEPENUH HATI --------> Pelajar yang cemerlang memberikan tumpuan sepenuh hati kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa nanti.
- MULAKAN DARI AWAL --------> Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan,peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulang kaji,berbincang dengan rakan-rakan,meminta nasihat guru,meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya.
- SENTIASA BERSEDIA --------> Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan.Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja.
- LENGKAPKAN PERALATAN --------> Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku rujukan,buku latihan,alat tulis,nota ringkas dan sebagainya.Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda,atau melemahkan semangat untuk terus belajar.
- TEPATI WAKTU BELAJAR --------> Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan seperti datang sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin.
- DAPATKAN BANTUAN GURU --------> Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas atas tidak hadir ke sekolah. Pelajar perlulah mendapatkan kawan-kawan untuk menyalin nota-nota pelajaran atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang tertinggal itu.
- BERI PANDANGAN MEMBINA --------> Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan,rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.
- BERBINCANG DENGAN RAKAN --------> Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam study group. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
- TUBUHKAN STUDY GROUP --------> Pelajar yang cemerlang mengadakan study group bersama rakan-rakan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan belajar yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang.
- LAKUKAN PEPERIKSAAN SENDIRI --------> Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan sendiri seperti peperiksaan sebenarnya,untuk dijadikan pengukuhan pembelajaran. Jika gagal, bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
- MAKANAN SEIMBANG --------> Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar.
- MALU BERTANYA SESAT JALAN --------> Pelajar yang cemerlang tidak malu untuk menimba pengalaman daripada pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan.
- SEMBAHYANG --------> Pelajar yang cemerlang menjaga solatnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan solat lima waktu saperti mana yang telah disyariatkan oleh agama.
- DOA --------> Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan.
- TAWAKKAL --------> Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila gagal, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai dorongan untuk kita BERJAYA!
SEDIKIT PENCAPAIAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA TIADA PENCAPAIAN LANGSUNG
Sampai sini sahaja yang saya dapat kongsikan pada hari ini...
Jangan lupa untuk meninggalkan komen jika anda mengamalkan tips ini atau sudi untuk membaca tips ini.
Kunjungilah selalu blog ini untuk mendapatkan lebih banyak tips.
Blog tentang diriku : http://crazytillweseethesun.blogspot.com/
Sekian Terima Kasih.


No comments:
Post a Comment